Tuesday 18 October 2011

Selamat menyambut Hari Cuci Tangan Pakai Sabun Sedunia!!!!!!!!!!!!!!

 


Salam 1 belia!

15 Oktober? apa signifikannya?

mungkin ramai yang masih belum tahu akan kewujudan "Hari Basuh Tangan Pakai Sabun Sedunia". Hari ini disambut pada 15 Oktober bertujuan untuk menarik perhatian dan menigkatkan kesedaran orang awam akan kepentingan amalan mencuci tangan menggunakan sabun. Aspek kebersihan perlu dititik beratkan dalam menjaga kesihatan tubuh badan. dalam erti kata lain bukan muka dan paras rupa sahaja yang perlu dijaga, malah setiap anggota badan perlu dijaga dengan baik untuk mencegah dari pelbagai penyakit. penjagaan yang rapi mestilah tiptop! tak gitu..

jika anda perasan, SEKRETARIAT RAKAN MUKA UMT telah menyumbangkan beberapa botol sabun basuh tangan di Kafe Sheikh Abdul Malik dan di Kafe Sheikh Abdul Rahman Limbong sempena menyambut seruan PBB untuk menyambut "hari Cuci Tangan Pakai Sabun Sedunia". Diharap usaha PBB ini bukan untuk tanggal 15 oktober sahaja, ironinya, ianya perlu diteruskan bukan atas dasar untuk kebaikan orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga. rutin mencuci yang simple, dan biaya yang sikit, marilah sama-sama menjadikan amalan mencuci tangan pakai sabun sebagai rutin harian kita. diri bersih, badan pun sihat. :)


sekian post dari SEKRETARIAT RAKAN MUDA UMT
kita jumpa lagi untuk update yang seterusnya!!!!!!

Publish Post

No comments:

Post a Comment