Saturday 2 April 2011

Sekapur Sirih dari Presiden SRM UMT





Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Belia. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Sekretariat Rakan Muda UMT dapat diteruskan dengan exco–exco yang baru bagi sesi 2011/2012. Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Terengganu telah berlangsung pada 25 Mac 2011 dengan jayanya.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan dan sekalung ucapan tahniah kepada semua exco-exco Sekretariat Rakan Muda UMT yang telah dilantik bagi sesi 2011/2012. Adalah menjadi harapan saya untuk menjadikan Sekretariat Rakan Muda UMT sebagai sebuah kelab eksekutif yang berjaya dan cemerlang di dalam pelbagai sudut. Seterusnya menjadikan exco-exco di dalam kelab ini sebagai sebuah keluarga yang erat walaupun berbilang bangsa dan agama.

Dalam konteks menjenamakan semula Sekretariat Rakan Muda UMT, Majlis Tertinggi SRM UMT telah mengaturkan pelbagai kaedah atau cara untuk memberi impak yang besar kepada mahasiswa/i Universiti Malaysia Terengganu khususnya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Penasihat, Mantan-Mantan dan ahli-ahli SRM UMT yang telah banyak membantu saya selama ini. Jasamu akan dikenang.

Akhir kata adalah diharapkan semoga dengan terciptanya blog SRM UMT ini dapat dijadikan usaha dan semangat yang berterusan di dalam pembangunan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Terengganu. Nantikan kedatangan “Gelombang Oren”.
Sekian, terima kasih.

YAKIN BOLEH GEMILANG
“PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK”

MOHMAD AMIRUL AZHAN BIN MOHMAD RASHID
PRESIDEN
SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
012 2214672
srm_umtedumy@yahoo.com

No comments:

Post a Comment