Tuesday 29 November 2011

SRM UMT PHOTO SHOOT CONTEST



KELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU SESI 2011/2012 DENGAN KERJASAMA PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA) DAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 

MENGANJURKAN PROGRAM SRM UMT PHOTO SHOOT CONTEST.

DENGAN TEMA : "MONSOON SEASON AT UMT"


Objektif : Objektif yang ingin dicapai oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda daripada Program SRM UMT Photo Shoot Contest ini ialah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan dan keunikan nilai rekod audiovisual sebagai perakam yang bukan sahaja menyimpan dan memelihara tetapi memastikan bahan tersebut juga berfungsi untuk jangka waktu yang panjang.





VIDEO PROMO





SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PROGRAM

Nama Program : SRM UMT PHOTO SHOOT CONTEST 
Tarikh : 10 – 24 Disember 2011.
Tempat : Sekitar UMT

i. Pertandingan adalah terbuka untuk ahli SRM UMT sahaja.

ii. Foto yang diambil merupakan foto yang terkini dan menonjolkan keistimewaan konsep tersebut.

iii. Interpretasi para peserta terhadap tema “MONSOON SEASON AT UMT” adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar daripada tema asas. 

iv. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera.

v. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta. 

vi. Karya foto mestilah dihantar beserta dengan maklumat peribadi masing-masing yang lengkap di email kepada : srm_umtedumy@yahoo.com

vii. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta. 

viii. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening, sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasi adalah tidak dibenarkan.

ix. Peserta dibenarkan menghantar 1 foto sahaja.

x. Pihak penganjur mempunyai hak milik ke atas foto-foto pertandingan dan berhak menggunakannya untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta. Foto-foto itu juga akan dipamerkan atas tujuan penghakiman.

xi. Semua penyertaan akan dinilai oleh Panel Hakim yang dilantik oleh Sekretariat Rakan Muda UMT dan keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD. 



*Terhad kepada 100 penyertaan terawal sahaja!!




Hadiah 
Pertama : Wang Tunai RM100.00 + Sijil
Kedua    : Wang Tunai RM 70.00 + Sijil 
Ketiga     : Wang Tunai RM 50.00 + Sijil
5 Hadiah Saguhati : Hamper



Sebarang pertanyaan anda boleh melayari Fb: Sekretariat Rakan Muda Umt
atau 012-2214672 (AMIRUL) / 013-2556591 (JOE).

Thursday 24 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM


SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH

Semoga ALLAH panjangkan umur kita, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan di tahun baru ini. 

Berhijrahlah ke arah kebaikan disetiap saat turun naiknya nafas kita. 

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.






"KARNIVAL ORIENTEERING RAKAN MUDA CHALLENGE 2011"

KARNIVAL ORIENTEERING RAKAN MUDA CHALLENGE 2011 TELAH DIADAKAN PADA 11 & 12 NOVEMBER 2011 BERTEMPAT DI TAMAN PERTANIAN, BUKIT EKSPO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR. 

Program ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM & Persatuan Orienteering Malaysia.

SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU telah menghantar 9 pasukan untuk menyertainya.

Berikut merupakan rentetan perjalanan program :
11/11/11
- Pendaftaran Peserta (1st IPT yg register)
- Memacak Khemah ( best! tido dlm khemah)
-Riadah sekitar Taman Pertanian (usha2 buah2an coz musim durian n rambutan)
-Klinik Orienteering
-Dapat makan durian & rambutan! wow!
-Rehat (tidur! sok memerlukan energy)

12/11/11

-Pertandingan Orienteering bermula (berlari berkejaran)
-Pertandingan berakhir
-Majlis penutup dan penyampaian hadiah
-Bertolak pulang ke UMT (singgah dahulu di THE MINES)

* 2 pasukan daripada UMT telah mendapat tempat ke-5 & 6 bagi kategori "OPEN".

Kami tetap enjoy di sana!
Terima kasih peserta2 yang sporting!

Jom layan gambar2  sepanjang program berlangsung---->



Peserta2 yang join! 

 Team UMT SEAFARER

Team UMT ANAK LAUT

Berkobar2 before bertolak

Kami x sabar nak pergi!

Jauh perjalanan, best tido.

Terengganu-Selangor

Makan2

Camping di tengah2 taman

sesi register

semangat

sign jgn x sign

makan angin

jom dengar taklimat

sume best!

Peace yo!

Otai Orienteering

Orang kuat SRM UPM

macam dlm kuliah

membedal durian

sedap

rambutan plak

makan berjemaah

No. 6

No. 5

Pemenang! tahniah!

Suka ekk korg.

Good bye UPM

sumbat!

Team Chinese dari UMT mendapat pujian daripada penganjur

jalan2

usha2

THANK YOU! 
YAKIN BOLEH GEMILANG!

Saturday 5 November 2011

WISHES FOR HARI RAYA HAJI AND AIDIL ADHA from SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Allāhu akbar, Allāhu akbar, Allāhu akbar الله أكبر الله أكبر الله أكبر
lā ilāha illā Allāh لا إله إلا الله
Allāhu akbar, Allāhu akbar الله أكبر الله أكبر
wa li-illāhil-hamd ولله الحمد


Allah is the Greatest, Allah is the Greatest, Allah is the Greatest,There is no deity but AllahAllah is the Greatest, Allah is the Greatestand to Allah goes all praise


Allāhu akbar, Allāhu akbar الله أكبر الله أكبر
lā ilāha illā Allāh لا إله إلا الله
wa Allāhu akbar, Allāhu akbar والله أكبر الله أكبر
wa li-illāhil-ḥamd ولله الحمد
Alḥamdulillāh `alā mā hadānā, wa lahul-shukru `ala mā awlānā الحمدلله على ما هدانا و له الشكر على ما اولانا


Allah is the Greatest, Allah is the Greatest,There is no deity but Allahand Allah is the Greatest, Allah is the Greatestand to Allah goes all praise, (We) sing the praises of Allah because He has shown us the Right Path. (We) gratefully thank Him because He takes care of us and looks after our interests.


Allāhu akbar, Allāhu akbar, Allāhu akbar الله أكبر الله أكبر الله أكبر
lā ilāha illā Allāh لا إله إلا الله
Allāhu akbar, Allāhu akbar الله أكبر الله أكبر
wa li-illāhil-ḥamd ولله الحمد
Allāhu akbar kabīra, wal ḥamdu lillāhi kathīra, wa subḥāna Allāhi bukratan wa aṣīlā الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
lā ilāha illā Allāh waḥdah(i) لا اله إلا الله وحده
Ṣadaqa wa`dah, wa naṣara abdah, wa 'a`azza jundahu wa ḥazama al-aḥzaba waḥdah صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده
lā ilāha illā Allāh لا إله إلا الله
walā na`budu illā iyyāh ولا نعبد إلا إياه
Mukhliṣīn lahu ud-dīn wa law kariha al kāfirūn مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
Allāhumma ṣallī `alā Sayyidinā Muḥammad, wa `alā āla Sayyidinā Muḥammad, wa `alā aṣḥabi Sayyidinā Muḥammad, wa `alā anṣāri Sayyidinā Muḥammad, wa `alā azwāji Sayyidinā Muḥammad, wa `alā ḏurriyyati Sayyidinā Muḥammadin wa sallim taslīman kathīra اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى أصحاب سيدنا محمد وعلى أنصار سيدنا محمد وعلى أزواج سيدنا محمد وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليما كثيرا


Allah is the Greatest, Allah is the Greatest, Allah is the Greatest,There is no deity but AllahAllah is the Greatest, Allah is the Greatestand to Allah goes all praiseAllah is the Greatest, all Praise is due to Him, And Glory to Allah, eventide and in the morningThere is no god, but Allah the Unique He has fulfilled His Promise, and made Victorious His worshipper, and made Mighty His soldiers and defeated the confederates There is no deity but AllahHe alone we worshipWith sincere and exclusive devotion, even though the infidels hate itO Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad, and on the family of our Prophet Muhammad, and on the Companions of our Prophet Muhammad, and on the Helpers of our Prophet Muhammad, and on the wives of our Prophet Muhammad, and on the offspring of our Prophet Muhammad, and bestow upon them much peace



 ~Eid al-Adha is one of two Eid festivals that Muslims celebrate, the origin of which comes from the Quran. Also known as Hari Raya Haji, Hari Raya Kurban, or the Festival of Sacrifice, the Eid al-Adha is one of the several religious festivals celebrated by Muslims all over the word. Here, the Muslim community commemorates God’s forgiveness of Ibrahim, or Abraham, from his promise to sacrifice his own son Ishmael as commanded by Allah.





#HAPPY EID

Saturday 22 October 2011

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Diucapkan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan beragama Hindu.
 Dengan hadirnya "Pesta Cahaya" ini akan membawa kebahagiaan & keceriaan buat anda semua. 



*Jangan lupa menghidangkan marukku serta manisan untuk tetamu pelbagai bangsa yang berkunjung ke rumah anda.

DEEPAVALI VARTIKEL!!! Selamat Menyambut Pesta Cahaya!

Ikhlas daripada EXCO SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Tuesday 18 October 2011

Selamat menyambut Hari Cuci Tangan Pakai Sabun Sedunia!!!!!!!!!!!!!!

 


Salam 1 belia!

15 Oktober? apa signifikannya?

mungkin ramai yang masih belum tahu akan kewujudan "Hari Basuh Tangan Pakai Sabun Sedunia". Hari ini disambut pada 15 Oktober bertujuan untuk menarik perhatian dan menigkatkan kesedaran orang awam akan kepentingan amalan mencuci tangan menggunakan sabun. Aspek kebersihan perlu dititik beratkan dalam menjaga kesihatan tubuh badan. dalam erti kata lain bukan muka dan paras rupa sahaja yang perlu dijaga, malah setiap anggota badan perlu dijaga dengan baik untuk mencegah dari pelbagai penyakit. penjagaan yang rapi mestilah tiptop! tak gitu..

jika anda perasan, SEKRETARIAT RAKAN MUKA UMT telah menyumbangkan beberapa botol sabun basuh tangan di Kafe Sheikh Abdul Malik dan di Kafe Sheikh Abdul Rahman Limbong sempena menyambut seruan PBB untuk menyambut "hari Cuci Tangan Pakai Sabun Sedunia". Diharap usaha PBB ini bukan untuk tanggal 15 oktober sahaja, ironinya, ianya perlu diteruskan bukan atas dasar untuk kebaikan orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga. rutin mencuci yang simple, dan biaya yang sikit, marilah sama-sama menjadikan amalan mencuci tangan pakai sabun sebagai rutin harian kita. diri bersih, badan pun sihat. :)


sekian post dari SEKRETARIAT RAKAN MUDA UMT
kita jumpa lagi untuk update yang seterusnya!!!!!!

Publish Post

Wednesday 12 October 2011

PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 2011

PESTA KONVOKESYEN UMT 2011 SEMPENA MAJLIS KOVOKESYEN KE - 9




SEKRETARIAT RAKAN MUDA UMT telah mendapatkan gerai jualan sepanjang Pesta Konvo UMT 2011 yang berlangsung pada 29 & 30 SEPTEMBER 2011 - 01 & 02 OKTOBER 2011.

Gerai jualan SRM UMT (no.46) menjual pelbagai barangan serta aktiviti - aktiviti sampingan, antaranya ialah :



  • Jualan "Barangan Eksklusif SRM UMT" edisi terhad
  • Jualan bunga dan patung
  • Jualan T-shirt
  • Jualan barangan aksesori wanita
  • Pendaftaran ahli SRM UMT
  • Pertandingan "teka jumlah kacang"
  • Pertandingan "ucapan kreatif"
Gerai SRM sentiasa ceria dan meriah menerima kunjungan orang ramai sepanjang Pesta Konvokesyen berlangsung.

* Terima kasih diucapkan kepada semua  exco - exco SRM UMT yang telah menjayakannya dan kepada semua pengunjung yang telah turut serta.

* Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada EXCO WIRA USAHA saudara AHMAD AZLAN BIN LAILANOR & saudari NUR NADHIRAH BINTI RUS 

Teruskan bersama SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. 

Jom layan beberapa gambar sepanjang Pesta berlangsung;

EXCO -EXCO YANG BERTUGAS SENTIASA CERIA

PROMOSI "HARGA RUNTUH"

DI SEBALIK TABIR "POST MORTEM"

BERSAMA PEMENANG PERTANDINGAN "UCAPAN KREATIF". TAHNIAH!

TEDDY BEAR BESAR YANG MENJADI TUMPUAN RAMAI

JOM! TEKA KACANG!

PRESIDEN SRM UMT 

EXCO-EXCO YANG CERIA SEPANJANG HARI

BERSAMA PEMENANG PERTANDINGAN "TEKA KACANG". TAHNIAH!

POST MORTEM PUN CERIA! HAHA

1 RAKAN MUDA, 1 BELIA

BUY 2 GET 2

MELAYAN PENGUNJUNG
YAKIN BOLEH GEMILANG!!!