KELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU SESI 2011/2012 DENGAN KERJASAMA PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA) DAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
MENGANJURKAN PROGRAM SRM UMT PHOTO SHOOT CONTEST.
DENGAN TEMA : "MONSOON SEASON AT UMT"
Objektif : Objektif yang ingin dicapai oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda daripada Program SRM UMT Photo Shoot Contest ini ialah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan dan keunikan nilai rekod audiovisual sebagai perakam yang bukan sahaja menyimpan dan memelihara tetapi memastikan bahan tersebut juga berfungsi untuk jangka waktu yang panjang.
VIDEO PROMO
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PROGRAM
Nama Program : SRM UMT PHOTO SHOOT CONTEST
Tarikh : 10 – 24 Disember 2011.
Tempat : Sekitar UMT
i. Pertandingan adalah terbuka untuk ahli SRM UMT sahaja.
ii. Foto yang diambil merupakan foto yang terkini dan menonjolkan keistimewaan konsep tersebut.
iii. Interpretasi para peserta terhadap tema “MONSOON SEASON AT UMT” adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar daripada tema asas.
iv. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera.
v. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
vi. Karya foto mestilah dihantar beserta dengan maklumat peribadi masing-masing yang lengkap di email kepada : srm_umtedumy@yahoo.com
vii. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.
viii. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening, sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasi adalah tidak dibenarkan.
ix. Peserta dibenarkan menghantar 1 foto sahaja.
x. Pihak penganjur mempunyai hak milik ke atas foto-foto pertandingan dan berhak menggunakannya untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta. Foto-foto itu juga akan dipamerkan atas tujuan penghakiman.
xi. Semua penyertaan akan dinilai oleh Panel Hakim yang dilantik oleh Sekretariat Rakan Muda UMT dan keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.
*Terhad kepada 100 penyertaan terawal sahaja!!
Hadiah
Pertama : Wang Tunai RM100.00 + Sijil
Kedua : Wang Tunai RM 70.00 + Sijil
Ketiga : Wang Tunai RM 50.00 + Sijil
5 Hadiah Saguhati : Hamper
Sebarang pertanyaan anda boleh melayari Fb: Sekretariat Rakan Muda Umt
atau 012-2214672 (AMIRUL) / 013-2556591 (JOE).
No comments:
Post a Comment