Tahun 2011 merupakan tahun yang amat bermakna kerana Hari Lebaran disambut bersama-sama dengan Hari Merdeka.
Apabila menjelang Hari Raya, kita pasti akan terfikirkan kampung halaman. Tidak sabar rasanya pulang ke desa bertemu sanak-saudara di Aidilfitri yang mulia. Kepulangan ke rumah ayahanda dan bonda pastinya member sinar kebahagiaan di keheningan pagi Syawal. Bagi mereka yang sudah tiada, pusaranya kita kunjungi dengan doa. Di pagi Aidilfitri, kita akan berkumpul beramai-ramai dan saling bermaafan sesama kita. Air mata Syawal menjadi saksi sebagai menginsafi diri.
Bila berkumandang Takbir Raya pada pagi 1 Syawal, kita akan merasakan suasana Hari Raya. Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, ini merupakan satu kepulangan yang di nanti-nantikan oleh kaum keluarga tercinta. Suasana riang di Hari Raya apabila sanak saudara berkumpul bersama-sama untuk menyambut Hari Kemenangan.
Meriah suasana Hari Raya dapat dirasakan apabila mengenakan pakaian serba baru dan makanan yang pelbagai dapat dinikmati bersama-sama. Indahnya Syawal untuk dinikmati bersama.
31 Ogos : Hari Kemerdekaan Malaysia
Jom ber "Nazam Lebaran"
Kami juga dari barisan Majlis Tertinggi dan exco-exco Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Terengganu ingin kesempatan ini untuk menyusun 10 jari tanda kemaafan sekiranya kami ada melakukan kesilapan. Teruskan sokongan anda terhadap SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. YAKIN BOLEH GEMILANG!
Salam Kemaafan & Selamat Hari Raya Aidilfitri
EID MUBARAK
May the Guidance and Blessings of Allah
Be With You and Your Family...
No comments:
Post a Comment