Monday, 22 August 2011

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” & “SELAMAT HARI KEMERDEKAAN”

Tahun 2011 merupakan tahun yang amat bermakna kerana Hari Lebaran disambut bersama-sama dengan Hari Merdeka.




Apabila menjelang Hari Raya, kita pasti akan terfikirkan kampung halaman. Tidak sabar rasanya pulang ke desa bertemu sanak-saudara di Aidilfitri yang mulia. Kepulangan ke rumah ayahanda dan bonda pastinya member sinar kebahagiaan di keheningan pagi Syawal.  Bagi mereka yang sudah tiada, pusaranya kita kunjungi dengan doa. Di pagi Aidilfitri, kita akan berkumpul beramai-ramai dan saling bermaafan sesama kita. Air mata Syawal menjadi saksi  sebagai menginsafi diri.

Bila berkumandang Takbir Raya pada pagi 1 Syawal, kita akan merasakan suasana Hari Raya. Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, ini merupakan satu kepulangan yang di nanti-nantikan oleh kaum keluarga tercinta. Suasana riang di Hari Raya apabila sanak saudara berkumpul bersama-sama untuk menyambut Hari Kemenangan.

Meriah suasana Hari Raya dapat dirasakan apabila mengenakan pakaian serba baru dan makanan yang pelbagai dapat dinikmati bersama-sama.  Indahnya Syawal untuk dinikmati bersama.


31 Ogos : Hari Kemerdekaan Malaysia




Jom ber "Nazam Lebaran"



Kami juga dari barisan Majlis Tertinggi dan exco-exco Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Terengganu ingin kesempatan ini untuk menyusun 10 jari tanda kemaafan sekiranya kami ada melakukan kesilapan. Teruskan sokongan anda terhadap SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. YAKIN BOLEH GEMILANG!
Salam Kemaafan & Selamat Hari Raya Aidilfitri

EID MUBARAK
May the Guidance and Blessings of Allah
Be With You and Your Family...




Sunday, 14 August 2011

PERSIAPAN MENJELANG HARI LEBARAN

1 Syawal bakal tiba...
Persiapan raya perlu dilakukan untuk menyambut "Hari Kemenangan".

Seperti kebiasaan, menjadi lumrah manusia untuk mempersiapkan diri dengan serba baru apabila menjelangnya Hari Raya. Perlu diingat bersederhanalah dalam berbelanja.


RAYA? Kuih RAYA, Baju RAYA, Duit RAYA... Bunga RAYA? Owwhh.. tahun ini kita bakal menyambut Hari Raya bersama dengan Hari Kemerdekaan Negara tercinta.
Jom kita tinjau antara persiapan menjelangnya HARI RAYA:


Banyak kuih raya yang menjadi pilihan. Di saat-saat akhir kuih "tunjuk" lebih digemari untuk dibeli...hehe




Baju Melayu bagi kaum Adam... Apa warna tema tahun ini? Oren..huhu




Baju kurung bagi kaum Hawa. Kurung Moden?




Ini paling suka "collect" masa raya..hehe masa zaman bebudak sanggup keliling kampung. Yang penting saling bermaafan di Hari  Raya. :)




Masa untuk "SHOPPING" !!! Ingat semasa berbelanja. Ikut keperluan jangan ikutkan hati!

Kami daripada barisan EXCO SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ingin mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa"

WE LOVE YOU ALL....

SALAM RAKAN MUDA










Sunday, 7 August 2011

"macam-macam ada"

Berpuasa ialah menahan diri kita dari lapar & dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Bila sebut jek bulan puasa nie mesti kita akan terbayangkan juadah berbuka yang pelbagai kat Bazar Ramadhan.

Mari kita tinjau antara menu yang menjadi pilihan kita semua. Jom jalan-jalan cari makanan  :)

kuih tepung pelita

air tebu yang segar dari ladang

ayam percik... perghhh

yong tau foo

kurma 

murtabak ayam/daging

buah melaka/onde

popiah basah

roti john

air soya


"SELAMAT BERBUKA"