Thursday, 28 April 2011

ONE MILLION YOUTH GATHERING-PUTRAJAYA 2011



The celebration of Hari Belia Negara (National Youth Day) is to honour the youth of the country as they have contributed greatly to the country and government. They should not be viewed as a burden but rather they can be a precious asset to the nation as they are the determinants of the durability and strength of social, political and economic in the future.


  • Merupakan Himpunan Belia Terbesar Di Malaysia 2011.
  • Akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut pada 27-29 Mei 2011 bertempat di Putrajaya.
  • Merupakan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan bersempena dengan Hari Belia Negara yang jatuh pada 15 Mei pada setiap tahun.
  • Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.



  • Antara aktiviti-aktiviti yang akan menemui anda:




*Kumpulan Super Junior M juga akan mengadakan konsert terbuka khas untuk pengunjung pd 28 Mei malam semasa perasmian Himpunan Sejuta Belia. :)










"Warna-Warni Belia"
"Bersedia untuk himpunan belia terbesar di Malaysia!"


Untuk maklumat lanjut:
Laman Web Hari Belia Negara
facebook hari belia
PENDAFTARAN HIMPUNAN SEJUTA BELIA PUTRAJAYA MEI 2011 - REGISTRATION FOR ONE MILLION YOUTH GATHERING
Facebook Sekretariat Rakan Muda Umt

Sunday, 24 April 2011

PERTANDINGAN LOGO & SLOGAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA IPT


Salam 1 UMT & Salam Rakan Muda

Pertandingan Mencipta Logo & Slogan Sekretariat Rakan Muda IPT

Terbuka kepada semua ahli Sekretariat Rakan Muda IPT Dalam & Luar Negara serta Mahasiswa/i Universiti Malaysia Terengganu (UMT) khususnya.

Penyertaan adalah percuma.

Borang penyertaan boleh didapati di Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Malaysia Terengganu atau menghubungi Exco kami : Saudara Hanif 0139180903 / Saudari Syajaratul 0172124922 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya sebelum atau pada 7 Mei 2011 jam 5.00 petang.

Hadiah Wang Tunai : RM1,500.00 + Sijil (Logo)
                     : RM1,000.00 + Sijil (Slogan)

*Selamat Mencuba 

YAKIN BOLEH GEMILANG!!!

Facebook Sekretariat Rakan Muda Umt : http://www.facebook.com/profile.php?id=100001929340390



Friday, 15 April 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Belia.


Hari berganti hari, sedar tidak sedar kita sudah hampir sampai ke penghujung semester. Kini tibalah masanya untuk kita membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir. Kita selaku pelajar yang menuntut ilmu daripada pensyarah seharusnya memanfaatkan masa yang ada dengan menelaah sebanyak mungkin ilmu yang telah dicurahkan sebagai persediaan di samping tidak melupakan pemilik ilmu tersebut.

Kami dari pimpinan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Terengganu mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester" kepada semua mahasiswa/i Universiti Malaysia Terengganu. Semoga kejayaan menjadi batu lonjakan untuk menjadikan kita insan yang berguna kelak. "Good Luck & All The Best in Final Exam"

Saturday, 2 April 2011

Sekapur Sirih dari Presiden SRM UMT





Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Belia. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Sekretariat Rakan Muda UMT dapat diteruskan dengan exco–exco yang baru bagi sesi 2011/2012. Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Terengganu telah berlangsung pada 25 Mac 2011 dengan jayanya.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan dan sekalung ucapan tahniah kepada semua exco-exco Sekretariat Rakan Muda UMT yang telah dilantik bagi sesi 2011/2012. Adalah menjadi harapan saya untuk menjadikan Sekretariat Rakan Muda UMT sebagai sebuah kelab eksekutif yang berjaya dan cemerlang di dalam pelbagai sudut. Seterusnya menjadikan exco-exco di dalam kelab ini sebagai sebuah keluarga yang erat walaupun berbilang bangsa dan agama.

Dalam konteks menjenamakan semula Sekretariat Rakan Muda UMT, Majlis Tertinggi SRM UMT telah mengaturkan pelbagai kaedah atau cara untuk memberi impak yang besar kepada mahasiswa/i Universiti Malaysia Terengganu khususnya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Penasihat, Mantan-Mantan dan ahli-ahli SRM UMT yang telah banyak membantu saya selama ini. Jasamu akan dikenang.

Akhir kata adalah diharapkan semoga dengan terciptanya blog SRM UMT ini dapat dijadikan usaha dan semangat yang berterusan di dalam pembangunan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Terengganu. Nantikan kedatangan “Gelombang Oren”.
Sekian, terima kasih.

YAKIN BOLEH GEMILANG
“PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK”

MOHMAD AMIRUL AZHAN BIN MOHMAD RASHID
PRESIDEN
SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
012 2214672
srm_umtedumy@yahoo.com

Pengenalan Kepada Rakan Muda


Program Rakan Muda telah dilancarkan pada 29 Oktober 1994 di Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Idea penubuhan ini tercetus daripada Wawasan 2020 dengan pendekatan untuk memperkukuhkan dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat. Misi teras utama program ini adalah bagi melahirkan potensi tertinggi generasi belia supaya mendokong matlamat pembangunan Negara. Ianya bagi membolehkan golongan muda untuk mencari identiti diri dan generasinya.

Visi
Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara

Misi
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara.

Objektif
  • Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik.
  • Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat “Yakin Boleh Gemilang”
  • Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti.
  • Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
  • Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO’s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
  • Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti
  •  
    8 gaya hidup

    (1) Rakan Cinta Alam
    Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna, haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara/Rekreasi /Memancing/Kayak, Persatuan Sejarah.

    (2) Rakan Inovasi
    Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Aeromodeling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik.

    (3) Rakan Kecergasan
    3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.

    (4) Rakan Masyarakat
    Patriotisme, Cinta Negara dan Penyanyang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

    (5) Rakan Seni Budaya
    Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Muzik dan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam Lain-lain.

    (6) Rakan Wajadiri
    Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif, pasti menjanim keperibadian mulia generasi muda. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Taichi dan Chingkung.

    (7) Rakan Wirausaha
    Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah/Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi dan Kelan Koperasi Sekolah.

    (8) Rakan Siber
    Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda.

    Nantikan!!!!!






    Salam satu belia,
    selamat datang ke blog SRM UMT
    Ini adalah blog rasmi Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Terengganu.
    Blog ini dibawah kelolaan exco-exco SRM UMT sesi 2011/2012. 
    Disini kami akan melaporkan sebarang aktiviti/program yang dianjurkan oleh SRM UMT.
    Selamat Berkunjung!!